Peribahasa: Kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan
Assalamualaikum semua, entri kali ini tentang asal usul dan bagaimana peribahasa ini dicipta malah mengapa peribahasa ini wujud.
Peribahasa kera di hutan di susukan, anak di rumah
kelaparan membawa maksud urusan sendiri ditinggalkan kerana lebih mementingkan urusan
orang lain. Pepatah ini telah diungkap oleh nenek moyang kita. Sebagai contoh, Malaysia
telah memberi biasiswa kepada warga asing yang membuat ijazah sarjana dan PhD
di Malaysia dan memberi kerakyatan taraf penduduk tetap kepada mereka. Situasi
ini tidak sewajarnya berlaku kerana Malaysia telah mengabaikan rakyat tempatan
dan mementingkan rakyat asing. Peribahasa ini wujud disebabkan oleh sikap
manusia sendiri. Hal ini demikian kerana, mereka lebih mementingkan orang lain
berbanding diri sendiri, keluarga dan sebagainya. Sebagai contoh, sikap ibu
bapa kini lebih mengutamakan kerja berbanding anak-anak mereka. Situasi ini
sering kita lihat di kaca televisyen mahupun di sekeliling kita, sikap ibu bapa
yang lebih mengutamakan kerja. Anak-anak di rumah seolah-olah tidak penting dan
mereka akan kekurangan kasih sayang seorang ibu dan seorang bapa. Lebih buruk
lagi, gejala sosial anak-anak ini akan meningkat disebabkan oleh mereka kurang
kasih sayang daripada ibu bapa dan kurang didikan agama. Di Malaysia sendiri,
kita dapat lihat tentang gejala sosial dalam kalangan remaja. Mereka lebih
mengutamakan budaya lepak seperti merokok, merempit, dan lebih teruk lagi
melakukan hubungan seks. Situasi sebegini berlaku disebabkan oleh ibu bapa
mereka yang lebih mengutamakan kerjaya berbanding anak-anak mereka. Jadi peribahasa ini timbul disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri. Selain itu, kita dapat
lihat peribahasa kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan dalam konteks
peningkatan penggunaan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Di Malaysia
terutamanya di bandar yang membangun, penggunaan bahasa Inggeris lebih tinggi. Sebagai contoh,
masyarakat di kawasan bandar sering menggunakan bahasa Inggeris dalam
percakapan seharian mereka terutamanya apabila melakukan khidmat pesanan
ringkas (sms), mereka akan menggunakan bahasa rojak. Situasi ini tidak
sewajarnya berlaku kerana penggunaan bahasa rojak ini akan meminggirkan bahasa
Melayu itu sendiri. Jadi pepatah kera di hutan disusukan anak di rumah kelaparan
wujud disebabkan oleh sikap masyarakat sendiri. Pepatah ini wujud supaya masyarakat tidak mementingkan orang lain berbanding diri sendiri dan keluarga.
Rujukan
Rujukan
Sumber: https://www.powtoon.com/my-powtoons/?utm_creative=Powtoon_-_Exact&utm_campaign=Brand_-_MY&utm_term=%5Bpowtoon%5D&utm_content=Powtoon+-+Exact&utm_source=bing&utm_medium=cpc&edgetrackerid=14012230700382#/
Tarikh akses: 15/12/2017
Waktu akses: 12.07 pm
Saya suka komentar penulis..
ReplyDeleteJAMBO CASINO AND RESORT | New Jersey - MJH
ReplyDeleteJAMBO CASINO AND RESORT in New Jersey 삼척 출장안마 is a 33-story skyscraper in Marksville, 여수 출장샵 New 전주 출장마사지 Jersey, U.S.A.. View a detailed profile of the 충청남도 출장안마 structure 김천 출장샵 12217 including further data