Refleksi Kuliah Minggu Pertama - HMT 415 PSIKOLINGUISTIK dan HMT 411 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM LINGUISTIK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
HMT 415
Kuliah pada minggu ini membincangkan pengenalan kepada psikolinguistik. Psikolinguistik merupakan kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa (Garnham, 1985). Menurut tokoh Barat yang lain Aitchison pada tahun 1998, psikolinguistik bermaksud kajian bahasa dan akal budi. Terdapat tiga bidang kajian psikolinguistik iaitu pertama aspek yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan bahasa pertama atau bahasa ibunda, kedua aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input-input bahasa dan ketiga aspek yang berkaitan dengan ingatan dan penyimpanan maklumat-maklumat bahasa atau pengetahuan bahasa. Psikolinguistik juga dikaitkan dengan penghasilan bahasa, pemahaman, pemerolehan bahasa, gangguan bahasa, bahasa dan pemikiran serta neurokognisi. Perkara-perkara ini digunakan dalam kehidupan seharian secara sedar atau tidak sedar. Hal ini demikian kerana, ilmu psikologi adalah menganalisis bahasa dan pertuturan iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya. Seseorang pendengar akan berfikir tentang bagaimana sesuatu maklumat yang disampaikan atau bagaimana cara hendak memahami sesuatu maklumat yang disampaikan oleh penutur yang lain. Sebagai contoh, seseorang penutur berkomunikasi atau bertutur dengan seseorang penutur yang merupakan orang kurang upaya atau dikenali sebagai (OKU), perbualan mereka akan menggunakan bahasa isyarat iaitu tangan. Penutur itu terlebih dahulu perlu mempelajari penggunaan bahasa-bahasa isyarat supaya perbualan mereka berjalan dengan lancar. Oleh itu, psikolinguistik adalah proses penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian.
Selain itu, semua pelajar yang mengambil subjek HMT 415 diminta untuk mengubahsuai lirik lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir atau lirik lagu Sesungguhnya nyanyian Alif Satar dan Raihan menggunakan kuih tradisi. Kerja ini perlu dijalankan secara berkumpulan iaitu seramai dua orang. Saya dan Muhammad Hilmi Bin Ibrahim telah memilih kuih puteri mandi sebagai nama kuih tradisi. Lirik lagu yang dihasilkan oleh kami berdua adalah seperti berikut:

Puteri mandi nama diberi
Kuih tradisi setiap generasi
Rasanya enak tidak terperi
Sekali makan pasti rasa nak lagi
Puteri mandi pilihan ramai
Dari budak hinggalah dewasa
Sepinggan makan pasti tak cukup
Puteri mandi sangat luar biasa
Kuih ini bukanlah sekadar biasa
Dapat memikat hati yang sedang lara
HMT 411
Kuliah pada minggu ini membincangkan sejarah lisan. Kami diminta untuk mencari tiga bahan tentang sejarah lisan dalam bahasa Inggeris dan dua bahan tentang sejarah lisan dalam bahasa Melayu. Kami perlu melihat apa yang dianggap sejarah lisan, ciri-ciri sejarah lisan, bagaimana sejarah lisan dilakukan serta pertalian sejarah lisan dengan kaedah penyelidikan kualitatif linguistik. Seterusnya, kami diminta untuk membentuk kumpulan seramai empat hingga lima orang untuk menjalankan aktiviti menemu ramah orang yang memberikan sumbangan kepada USM. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan membuat rakaman video supaya dapat ditunjukkan di dalam kelas. Sebelum menjalankan aktiviti ini, kami diminta untuk mencari maklumat tentang perkara yang perlu ditanya kepada orang tersebut.
Comments
Post a Comment