Refleksi Kuliah Minggu Kedua - HMT 415 PSIKOLINGUISTIK dan HMT 411 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM LINGUISTIK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
HMT 415
Kuliah pada minggu ini sangat menarik. Hal ini demikian kerana, kami diminta untuk membuka aplikasi Quizlet. Aplikasi ini digunakan untuk menjalankan aktiviti di dalam kuliah. Selepas kami memasuki aplikasi ini, kami diminta untuk mencari ahli kumpulan yang telah di tetapkan. Satu kumpulan mempunyai ahli seramai empat orang. Semua pelajar menjadi kelam kabut mencari ahli kumpulan kerana aktiviti akan dimulakan tidak lama lagi. Kami duduk dalam kumpulan masing-masing dan nama setiap kumpulan ditentukan dengan menggunakan nama haiwan. Setelah beberapa minit menjawab soalan yang diberikan, terdapat satu kumpulan yang telah memenangi hadiah kerana memiliki markah yang paling tinggi. Kumpulan tersebut telah mendapat hadiah yang begitu lumayan. Jadi, itulah serba sedikit refleksi pada kuliah minggu kedua dalam mata pelajaran psikolinguistik.
HMT 411
Kuliah pada minggu ini adalah setiap kumpulan perlu menunjukkan video temu ramah yang telah dilakukan dan diminta untuk menceritakan serba sedikit pengalaman dalam menyiapkan tugasan menemu ramah orang yang memberi sumbangan kepada USM. Terdapat lima kumpulan yang terbentuk dan setiap kumpulan telah menerangkan tentang tugasan tersebut. Selepas itu, kami diminta untuk membentuk kumpulan seramai dua orang maksimum bagi membuat tugasan seterusnya. Tugasan tersebut adalah perlu memikirkan tentang penggunaan bahasa iaitu penggunaan dwibahasa atau dwidialek yang digunakan oleh masyarakat sekitar USM. Setiap kumpulan perlu menyiapkan proposal untuk dibentangkan di dalam kelas pada minggu hadapan. Seterusnya, kami diminta untuk memikirkan aktiviti yang perlu dibuat di muzium USM yang melibatkan pelajar tahun 2 dan tahun 3. Aktiviti ini perlu dilakukan sebelum cuti pertengahan semester dan selepas minggu konvokesyen.
Comments
Post a Comment