Refleksi Minggu Ketiga - HMT 415 PSIKOLINGUISTIK dan HMT 411 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM LINGUISTIK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
HMT 415
Kuliah HMT 415 pada minggu ini dibatalkan disebabkan oleh penggunaan dewan kuliah untuk hari konvokesyen. Pada minggu tersebut hari konvokesyen berlangsung dengan lancar sekali. Para graduan begitu gembira kerana telah mendapat segulung ijazah setelah penat lelah menghabiskan pelajaran di Universiti Sains Malaysia serta menyelesaikan semua eseimen yang telah diberikan oleh pensyarah. Ramai ibu bapa serta keluarga yang menghadiri majlis konvokesyen ini. Mereka kelihatan begitu gembira sekali kerana anak mereka telah berjaya. Pada hari konvokesyen juga, terdapat banyak kedai yang dibuka seperti kedai bunga, kedai makanan dan minuman, kedai pakaian dan lain-lain. Terdapat juga banyak kedai yang menjual cenderahati untuk diberikan kepada para graduan untuk dibuat kenang-kenangan. Oleh itu, kuliah HMT 415 pada minggu ini dibatalkan kerana memberi laluan kepada hari konvokesyen yang berlangsung setahun sekali.
HMT 411
Kuliah HMT 411 pada minggu ini adalah pembentangan proposal. Pembentangan ini dijalankan secara individu atau berkumpulan seramai dua hingga tiga orang. Pembentangan ini dijalankan supaya pensyarah dapat mengetahui kajian yang hendak dilakukan. Tajuk yang sama dengan kumpulan lain diminta untuk membuat proposal yang lain. Kajian yang dibuat mestilah mempunyai kaitan dengan mata pelajaran yang sudah diambil semasa belajar di USM yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Kajian ini dikaitkan dengan dwibahasa atau dwidialek yang digunakan. Tajuk kajian saya tidak diterima dan diminta untuk membuat proposal lain. Jadi, kuliah HMT 411 pada minggu ini adalah pembentangan proposal.

Comments
Post a Comment