Refleksi Minggu Keempat - HMT 411 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM LINGUISTIK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kuliah pada minggu ini mengenai Etika dalam membuat kajian. Kami diminta untuk membuka komputer untuk melihat laman sesawang Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia. Laman sesawang ini digunakan untuk memuat turun borang-borang yang diperlukan untuk melakukan kajian. Terdapat pelbagai borang yang perlu diisi untuk membuat kajian. Kami diminta untuk membuat satu kajian dalam subjek ini. Maka, pensyarah meminta kami memuat turun borang yang ada di dalam laman sesawang tersebut supaya kajian dapat berjalan dengan lancar. Borang ini diperlukan untuk membentangkan proposal kajian yang hendak dijalankan. Pembentangan proposal ini dijalankan secara berkumpulan. Proposal yang tidak diterima perlu membuat proposal yang lain serta perlu membentangkannya semula. Pembentangan proposal ini dijalankan sehingga diterima. Kumpulan yang proposalnya diterima perlu menjalankan kajian seterusnya sehingga selesai. Kajian ini perlu dijalankan dengan lengkap. Pembelaja...